Thursday 16 June 2011



Sukacita dijemput semua Ahli Kariah Masjid Al Falah dan orang ramai bagi mengimarahkan masjid yang akan mengadakan Ceramah Perdana "Diskusi Islam" pada 17 Jun 2011 (Jumaat) selepas solat Maghrib.

Semua dijemput hadir..

Ucapan Takziah

Semua Ahli Kariah mengucapkan Takziah kepada semula ahli keluarga Allahyarhamah Halijah Wahab (Acik Kempong) kakak kepada Tuan Imam 1  yang telah kembali ke rahmatullah malam tadi...Moga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang beriman...aminnn...Al Falah...

Monday 6 June 2011

Ucapan Takziah

Ucapan Takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham Shaari yang telah kembali ke rahmatullah pada 5 Jun 2011 (Rumah di Jalan Selamat) dan juga kepada seluruh ahli keluarga Encik Mokhtaromi (Bendahari Masjid Al Falah) kerana ibu beliau telah kembali ke rahmatullah pada 5 Jun 2011. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas kedua roh tersebut.
Ucapan takziah dari Pegawai dan AJK Masjid Al Falah...

Al Fatihah....

Maklum Balas

Assalamualaikum...

Sukacita dimaklumkan kepada semua ahli kariah Masjid Al Falah, kg. Sungai  Ramal Dalam....Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan, pendapat, komen atau aduan sukacita dapat menghantar maklumat kepada emel rasmi Masjid Al Falah iaitu di masjidalfalahsungairamaldalam@gmail.com....

Pihak urusetia akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas makluman anda...jasa baik anda amatlah dihargai....

Salam hormat..

Thursday 2 June 2011

Blog Rasmi Masjid Al Falah

Assalamulaikum...

Blog rasmi Masjid Al Falah bagi memberitahu sebarang aktiviti berkaitan yang dijalankan di masjid...